Dengan air Teh Ais percuma. Kami buat penghantaran.
Menu istimewa untuk anda.
* N/A - Harga Mengikut Timbangan, tidak dibuka untuk tempahan secara atas talian
Ada ikan siakap, kerapu, bawal, kembung, cencaru, pari, dan lain-lain. Selain itu ada ketam, sotong, udang, lala dan pepahat. Kami akan memasaknya mengikut selera anda samada dibakar, tiga rasa, stim limau atau masak pedas. Cuba masakan telur masin dan butter di sini untuk udang, sotong dan ketam. Terdapat juga pelbagai masakan panas thai. Jika anda inginkan kelainan, anda boleh mencuba masakan kengsom atau tomyam kelapa.
SEMAK MENU KAMI
Dengan segala dukacita kami ingin memaklumkan bahawa cawangan Restoran Mama Ikan Bakar & Masakan Thai di Taman Bangi, Kajang telah ditutup bermula 1 Julai 2026. Oleh itu, para pelanggan sekitar Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Cheras dan Sg Long bolehlah datang ke 2 cawangan kami di Sg Tangkas atau Semnyih.
Laman web ini dibina dengan harapan untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan untuk makan di kedai, membungkus makanan atau penghantaran makanan secara terus dari kami (lingkungan 5km). Kami sedang berusaha untuk memastikan bayaran boleh terus dibuat di laman web ini untuk memberikan kemudahan dan penjimatan kepada pelanggan.
Kami sedang mencari pekerja restoran untuk bahagian dapur dan hadapan. Ada potongan KWSP, SOCSO, cuti bergaji dan manfaat lain. Mencari pekerja yang pembersih, boleh bekerjasama & mudah terima teguran. Pekerja yang berpengalaman dialu-alukan tetapi bukan syarat utama. Latihan disediakan. Sila hubungi mana-mana satu nombor cawangan kami.